Maklumat Penanaman Helianthus Big Smile

Helianthus Big Smile
(Helianthus annuus)

Warna:  Kelopak kuning emas, pusat yang gelap
Saiz taman: Ketinggian 10 - 15”
Ciri-ciri unik: Pembungaan awal, tumbuhan kerdil, masa siang yang hampir neutral (boleh bertumbuh dalam pasu sepanjang tahun)
Kegunaan pasaran: Batasan bunga, jualan musim panas, jualan dalam pasu, kotak bunga

 

Saranan Pertumbuhan
Saiz bekas
Semaian
- Amat sesuai untuk ditanam dalam bekas terakhir atau dulang dengan lubang yang besar (dengan sekurang-kurangnya 200 lubang)
Bekas terakhir
-
4½” - 6” atau gelen, atau beberapa dalam bekas

Penghasilan Anak Benih
Percambahan (Kaedah Tuang Terus EC)
- Percambahan 5 - 10 hari / 68 - 72°C / Lindungi biji benih
- Percambahan sehingga perkembangan kotiledon = 0.75 mS / cm
- Perkembangan kotiledon sehingga pertumbuhan daun sebenar=0.75-1.0 mS / cm
- Anak benih / Tumbuhan muda EC = 1.0 - 1.75 mS / cm

Masa Pertumbuhan Anak Benih
-
Jika percambahan berada dalam dulang, pastikan pemindahan dilakukan sebelum tumbuhan menjadi stres atau menjadi terlalu panjang. Pada lazimnya, pemindahan boleh dilakukan dalam masa 21 - 25 hari

Pertumbuhan Sehingga Dewasa
Pemindahan: 21 - 25 hari
Pembungaan: 50 - 60 hari
Suhu: 75 - 85°F masa siang / 65 - 70°F masa malam
EC: 1.75 - 3.0 mS / cm (kaedah tuang terus)
pH: 6.0 - 6.5

Penyakit Lazim
Masalah akar membusuk Phythium akan menjadi masalah dalam cuaca lembap yang sejuk

Nota

  • A-Rest, B-9, Bonzi dan Sumagic amat efektif bagi variasi ini
  • Elakkan penyiraman berlebihan. Benarkan tumbuhan mengering dengan sederhana sebelum menyiram secara keseluruhan.
  • Pastikan tumbuhan mempunyai nutrien yang mencukupi untuk memastikan kotiledon berkembang hijau sehingga pembungaan. Beri perhatian terhadap kekurangan zat besi semasa pH melebihi 6.8.
  • Stres nutrien dan / atau air akan berlaku semasa penghasilan anak benih (terutamanya dalam dulang semaian) dan ini akan mengakibatkan pembungaan yang terlalu awal dan kualiti akhir yang rendah.